Saturday 7 April 2012

Selamat Datang Ke KUANTAN Fest' 2012

Satu karnival Kerakyatan iaitu "KUANTAN Fest' 2012" akan diadakan dengan kerjasama dan sokongan Kerajaan Negeri Pahang (Pelancongan), Tourism Pahang, Tourism Malaysia, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), dan beberapa agensi kerajaan lain, bertujuan untuk mempromosikan dan memperkasakan aspek-aspek kebudayaan, kesenian, warisan dan tradisi serta adat istiadat masyarakat di negeri Pahang yang dihubungkaitkan dengan sektor pelancongan melalui penganjuran Kuantan Fest' 2012 ini.

KUANTAN Fest' 2012 yang bertemakan "Memartabatkan Seni Budaya, Tradisi Dan Warisan Negeri Pahang Ke Pesada Antarabangsa" ini akan diadakan dengan suasana penuh kemeriahan dan keceriaan serta kegemilangan yang penuh warna-warni untuk seluruh masyarakat luar, serta penduduk negeri Pahang Darul Makmur, khususnya penduduk di Bandar Kuantan dan kawasan sekitarnya dengan menekankan serta menitikberatkan penganjuran sesebuah karnival yang berkonsepkan 1 Malaysia..

Ayuh semua.. kita sama-sama meriahkan Sambutan KUANTAN Fest' 2012 ini nanti..


Logo Rasmi KUANTAN Fest' 2012

Pihak Jawatankuasa Penganjuran telah menetapkan pemilihan Logo Rasmi sempena Kuantan Fest' 2012. Logo Rasmi ini akan didaftarkan dibawah Akta Hak Cipta (terpelihara) untuk tujuan melindungi penggunaan Logo Rasmi Kuantan Fest' 2012 agak tidak digunapakai oleh individu / syarikat tertentu bagi tujuan komersil dan sebagainya.





*******











No comments:

Post a Comment