Selamat Datang Ke KUANTAN Fest' 2012
Satu karnival Kerakyatan iaitu "KUANTAN Fest' 2012" akan
diadakan dengan kerjasama dan sokongan Kerajaan Negeri Pahang
(Pelancongan), Tourism Pahang, Tourism Malaysia, Majlis Perbandaran
Kuantan (MPK), dan beberapa agensi kerajaan lain, bertujuan untuk
mempromosikan dan memperkasakan aspek-aspek kebudayaan, kesenian,
warisan dan tradisi serta adat istiadat masyarakat di negeri Pahang yang
dihubungkaitkan dengan sektor pelancongan melalui penganjuran Kuantan
Fest' 2012 ini.
KUANTAN Fest' 2012 yang bertemakan "Memartabatkan Seni Budaya, Tradisi Dan Warisan Negeri Pahang Ke Pesada Antarabangsa" ini
akan diadakan dengan suasana penuh kemeriahan dan keceriaan serta
kegemilangan yang penuh warna-warni untuk seluruh masyarakat luar, serta
penduduk negeri Pahang Darul Makmur, khususnya penduduk di Bandar
Kuantan dan kawasan sekitarnya dengan menekankan serta menitikberatkan
penganjuran sesebuah karnival yang berkonsepkan 1 Malaysia..
Ayuh semua.. kita sama-sama meriahkan Sambutan KUANTAN Fest' 2012 ini nanti..
Logo Rasmi KUANTAN Fest' 2012
Pihak Jawatankuasa Penganjuran telah menetapkan pemilihan Logo Rasmi sempena Kuantan Fest' 2012. Logo Rasmi ini akan didaftarkan dibawah Akta Hak Cipta (terpelihara) untuk tujuan melindungi penggunaan Logo Rasmi Kuantan Fest' 2012 agak tidak digunapakai oleh individu / syarikat tertentu bagi tujuan komersil dan sebagainya.
*******